Sunday 23 February 2014

ULAT RESDUNG???ADA KE TAK ADA

Assalamualaikum....

Mak ai.... Terkejut beruk kejap bila tengok video n gambar sal ulat resdung tue... Terus buka Mr.Google....  Takut mak aih....  Then terbaca tulisan dalam entry nie.... Jom sama-sama kta hayati....
Barulah rasa aman cket hati nie...

Definisi Resdung.
Resdung atau dikenali dalam medical terms adalah sinusitis. Lebih tepat Chronic Sinusitis.

Apa yang berlaku dalam hidung pesakit resdung?

Sinus (rongga hidung) terdiri daripada 4 bahagian utama Frontal (bahagian dahi), Ethmoid (antara dua mata), Maxillary (bahagian atas gigi), dan Sphenoid sinus (bahagian belakang hidung). Dalam 4 rongga ini ada lapisan epithelium bersilia(rambut halus) dan bermucosa (lendir) bertujuan melindungi stuktur rongga hidung daripada jangkitan bakteria atau virus, juga untuk pastikan ia sentiasa lembap.

Jika berlaku irritasi pada lapisan ini, ia akan mengeluarkan lendir mucos sebagai mekanisma tindak balas yang memang dicipta oleh Allah, bukan manusia yang mengawalnya. Lendir yang terkumpul dalam rongga hidung ini pula adalah medium baik untuk pembiakkan kuman seperti bakteria, fungus dan virus.

Selain itu, jika struktur dalam dalam sinus yang sempit atau bengkok sejak lahir, perjalanan mucous akan terganggu dan juga boleh menyebabkan pengumpulan lendir dalam rongga sinus. Juga pesakit yang mandi dalam air kotor juga boleh menyebabkan jangkitan pada bahagian ini, merokok, alergi pada habuk, jangkitan pada gigi, ketumbuhan, alahan (rhinitis) dan lain-lain.

Asalnya, sinusitis bersifat acute (sekejap/sementara) boleh pulih dalam masa hari atau minggu. Tetapi jika ia berlanjutan sehingga lebih 3 bulan, barulah istilah resdung (chronic sinusitis) digunakan dalam masyarakat Malaysia.

Symptoms (gejala) Resdung.
Selalunya orang yang menghidap resdung akan rasa berat pada bahagian muka, hidung (rongga sinus) kerana ia dipenuhi lendir tadi. Rasa sakit ketika sujud kerana lendir kotor berkumpul di bahagian frontal sinus. Lendir (kahak atau hingus) yang dijangkiti akan berwarna hijau atau kuning. Ia lebih ketara ketika pesakit resdung bangun pagi. Hidung sering tersumbat, demam, sakit tekak, dan selalu bersin. Tidur berdengkur.

Rawatan Resdung.
Antibiotik ( bagi resdung acute10 hingga 14 hari), Ubat selesema, Decongestan; ubat titis atau semburan hidung (hilangkan hidung tersumbat). Pembedahan hanya akan dipertimbangkan setelah rawatan-rawatan lain tidak berkesan ataupun jika ada sesuatu yang menghalang sinus dan ia tidak dapat disembuhkan dengan ubat-ubatan.

Pembedahan sinus endoskopi ini sama sekali tidak memerlukan belahan pada kulit kerana segala prosedurnya dilakukan di dalam rongga hidung. Doktor akan menyedut lendir tadi, lendir ini berbau hamis. Pesakit akan rasa ringan di bahagian hidung. Walaubagaimanapun lendir tadi boleh terbentuk kembali pada masa depan, dan rawatan resdung ini memang memerlukan rawatan berpanjangan.

Ada juga banyak rawatan altenatif untuk resdung, asap, minyak dan lain-lain. Sila pastikan anda faham bagaimana ubat itu berfungsi merawat resdung sebelum menggunakannya. Kerana bimbang berlaku penipuan. Jadi kesimplannya di sini, tiada ulat resdung untuk penyakit sinusitis ini.

Definisi Myiasis
Myiasis adalah sejenis penyakit parasit yang terjadi apabila lalat bertelur dalam tisu badan manusia atau binatang ternakan. Bila telur ini menetas, ia akan jadi larva (macam ulat sampah =_=) dan makan tisu ini.

Spesis lalat yang menyebabkan Myiasis adalah Dermatobia hominis (human botfly) and Cordylobia anthropophaga (tumbu fly), dan banyak lagi spesis lain. Sukacita dimaklumkan spesis-spesis lalat ini TIDAK terdapat di Malaysia, jadi agak mustahil masyarakat umum di Malaysia untuk dapat ulat myiasis ini. Kawasan yang sering terjadi Myiasis ini adalah di Afrika, kawasan sub sahara, kawasan tropika Mexico, Amerika Selatan dan Amerika tengah.

Walaubagaimanapun, tidak mustahil warga Malaysia nak dapat Myiasis jika dia pernah melawat ke negara-negara di atas atau  pergi ke kawasan ternakan haiwan di negara atas.

Jenis-jenis Myiasis dan symptoms terlibat
1)Cutaneous myiasis - terjadi pada bahagian bawah kulit, sama ada kulit yang telah luka atau kulit biasa. Kalau luka senang untuk lihat larva tadi tapi jika sudah masuk kedalam kulit, agar sukar. Pesakit biasanya dapat rasa larva tadi berjalan di bawah kulit dan ia menyakitkan juga bengkak pada bahagian kulit yang terlibat. Selalu terjadi kerana berjangkit daripada binatang ternakan yang menghidapi Myiasis.

2)Nasopharyngeal myiasis, melibatkan hidung, rongga sinus dan pharynx. Seperti dalam video diatas, bengkak hidung, radang pada lapisan mucosa hidung, dan boleh lihat sendiri ulat berengga dalam ruang sinus. Septum yang memisahkan lubang hidung kanan dan kiri boleh rosak, serta rosak pada bahagian tulang hidung lain.Pesakit boleh rasa ada bende bergerak-gerak dalam hidung.


3)Ophthalmomyiasis melibatkan mata, tulang mata, dan tisu di sekelilingnya.Radang pada biji mata, bengkak pada kawasan sekeliling kelopak mata bawak atau atas. Boleh nampak pergerakkan larva tadi di kelopak mata bawah. Pergerakkan masih boleh dirasa pesakit.

4)Intestinal and urogenital myiasis yang melibatkan sistem pemakanan dalam badan serta sistem perkumuhan air kencing.

Rawatan Myiasis
Jika seseorang itu di diagnose mendapat Myiasis rawatan segera diperlukan untuk mengeluarkan ulat tersebut. Pesakit akan diberi bius (local licodain) dan pembedahan mengeluarkan larvae dilakukan. Antibiotik boleh diberikan jika ada jangkitan. Teknik melemaskan larva juga dilakukan agar larva keluar sendiri dari dalam daging.

Jadi diharapkan, penerangan ringkas ini dapat memperbetulkan semula tanggapan masyarakat terhadap ulat resdung. Sila siasat apa-apa maklumat yang anda dapat sebelum menyebarkannya.

Wallahualam.

No comments:

Post a Comment